Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menyediakan kemudahan semakan menggunakan aplikasi mudah alih kepada orang awam untuk mengetahui status pendaftaran sebagai pemilih dan lokasi tempat tempat mengundi semasa pilihan raya. Orang ramai juga boleh menyemak calon calon bertanding di bahagian pilihan raya masing-masing serta keputusan pilihan raya umum Malaysia.
Aplikasi mudah alih ini dibangunkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia bagi pihak Kerajaan Malaysia.